Saturday, August 6, 2011

Ramadhan Dan AL-QURAN


"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)." (al-Baqarah: 185)

Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu 'Abbas menceritakan; "Pada setiap malam di bulan Ramadhan malaikat Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus al-Quran dengan Baginda." Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis Baginda;

"Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya." (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah terutamanya di bulan Ramadhan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi. Sabda Rasulullah s.a.w ;

مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ
"Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dari-Nya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran."
(Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)


No comments:

Post a Comment