Wednesday, December 12, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Saturday, October 13, 2012

♥♥ Teman ♥♥

Bismilahirahmanirahim..  Sahabat-SahabatKu sekalian..

’Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, bila mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

Tuesday, February 21, 2012

Ketenangan hati




~ Andai Dia JodohKu Kau Satukan Lah Hati Kami..Seperti Mana Ku Mencintai-Mu..
Jika Tidak Kau BerikanLah Kekuatan
Untuk Diri Ini Dan Ketenangan Hati..Jika Ini Takdir Untuk Ku.. Ku-Redha
Dengan Ketentuan-Mu...~ Sesunguhnya ENGKAU Maha Mengetahui & Maha
Penyayang~

by- Polar!!ss- Ketenangan Hati

Friday, February 3, 2012

Ya Rabb, Kabulkanlah Doaku.!!




Doa adalah senjata orang mukmin. itu yang sering kita dengar apabila di sebutkan berkenan doa.
Doa merupakan satu ibadat yang berbentuk permohonan Kepada Allah tentang apa yang dihajatkan dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dalam apa juga keadaan.

Allah menyeru hambanya-nya agar berdoa kepadanya seperti dalam surah Ghafir ayat 60
"Dan Tuhan kamu berkata : Berdoalah kepadaku, aku akan memperkenankan untuk kamu.
Sesunguhya orang sombong tidak mahu menyembahku akan masuk neraka jahanam dalam
keadaan hina dina."

Doa Terbahagi Kepada dua iaitu doa Mutlak dan doa muqayyad. Doa mutlak ialah doa yang dilakukan pada bila-bila masa tidak bergantung atau bersandarkan kepada apa-apa benda ia adalah menurut kehendak seseorang itu. manakala doa muqayyad pula ialah doa bergantung atau bersandarkan kepada sesuatu seperti doa masuk dan keluar tandas. Doa itu dibaca kerana masuk dan keluar tandas.

Bagi doa mutlak seorang itu di tuntut membaca puji-pujian kepada Allah, Kemudian selawat keatas Nabi Muhammad, selepas itu barulah menyebutkan apa yang dihajatkan..

Disebutkan dalam kitab Jala' Al-Afham, kunci kepada solat adalah bersuci, manakala kunci kepada doa mutlak pula ialah berselawat ke Atas Rasulullah..

Selepas puas berdoa dan berusaha maka natijahnya kita bertawakallah kepada Allah.
Apabila doa kita dikabulkan kita harus bersyukur kepada-nya. Apabila sebaliknya yakni doa kita tidak dikabulkan dan usaha kita tidak berhasil, kita harus berbaik sangka kepada Allah . yakini yang Dia akan memberi lebih baik daripada apa yang kita pinta dan hajatkan..
Selain itu juga memuhasabah diri adalah perlu apabila kita melakukan kesilapan di mana-mana seperti menggunakan dan memakan benda-benda yang haram, kerana ia boleh menyebabkan doa sesorang tidak di terima..

Hari ini kita sering berdoa, selepas solat, selepas keluar tandas dan tidak kira di mana-mana tempat ketika susah atau senang, tetapi kita jarang sekali menjaga makan minum kita dan barang kegunaan kita seharian daripada benda yang haram.. lalu bagaimanakah doa kita hendak dikabulkan Allah?..

Untuk Perkonsian Sahabat-sahabat..

Ingatlah 5 perkara Sebelum 5 perkara

P/s - Pesanan Buat Diri Sendiri..

(Sumber daripada PTS ) :-))


Thursday, November 17, 2011

15 CIRI-CIRI WANITA SYURGA

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


DARI SUJUD KE SUJUD


Assalamualaikum

Bagaimana ku jelaskan cinta...
kerna itu xdapat xjabarkan..
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi...
Dari sujud ke sujud...

Bagaimana ku jelaskan cinta
bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi..

Dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia Hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah Cinta kita terus bertasbih.

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
"DARI SUJUD KE SUJUD"



Sunday, October 23, 2011

*...SEDIH BUKAN PENYELESAIAN....*

*....SEDIH BUKAN PENYELESAIAN....*



Assalamualaikum.....

Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.
Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.
Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.
Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.
Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.
Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.