Monday, February 14, 2011

Terdidik kerana sebiji tembikai..





Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji
tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang
dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya
membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri
Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada
siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga
pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya
terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang
terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka
ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada
Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah
engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala
ketentuan-Nya."


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan
iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan
oleh Allah SWT.

Waalahu'Alam.

Sunday, February 6, 2011

Hati-Hati Jatuh Hati..





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t..

Sahabat-sahabat group bercinta tu boleh, tp couple haram sama sekali sekalian. Bagaimanakah keadaan diri sahabat? Sihat? Hati dan iman? Semoga ianya sentiasa berada dalam keadaan yang sejahtera..


Suka saya untuk berkongsi sedikit isi yang telah dikupas dalam forum yang sangat menarik ini.

Apa itu cinta?

Orang yang rasa sebenar-benar beriman ialah yang melahirkan rasa cinta yang sebenar-benarnya kepada Allah. Apabila disebut nama Allah, bergetar hatinya. Apabila dibacakan tentang ayat-ayat Allah, makin bertambah rasa cinta, rasa nak tahu, rasa nak baca dan rasa ingin dimiliki (rasa tanggungjawab nak laksanakan perintah).

Bagaimana nak imbangkan cinta kepada Allah dengan cinta kepada manusia?

“hati-hati bila jatuh hati! Nanti dah takde hati..”

“jangan sesekali bagi hati melebihi dari hati yang kita bagi kepada Allah. Nanti sakit hati..”

Ayat mudah. Tapi mudahkah untuk diperaktikkan? Sama-sama kita usaha ye sahabat..

dan mendapat sejuta pengertian dalam kita mencari cinta-Nya.. ameenn..