Suatu hari sebuah bot telah karam nun ditgh lautan habis semua penumpangnya mati melainkan seorang lelaki sahaja yg selamat, kerana dia berjaya berpaut pada sekeping papan...Dengan jiwa yg kental maka berenang2 lah si lelaki itu dgn papannya sehingga sampai ke sebuah pulau.Tapi alangkah sedih dan pilunya lelaki itu kerana pulau itu...nun jauh dan tidak dapat dilihat oleh orang lain yg lalu disekitar laut itu.Maka degan sedih lelaki itu masuk lah kedalam hutan kecil pulau dan mencari kayu untuk dibina pondok kecil yg tidak seberapa..Maka di atas pondok itulah setiap hari, x kira siang dan malam bermunajatlah pemuda itu kepada Allah agar dirinya diselamatkan,merintih dan merayu dia dgn penuh kekhusyukan...mengharap pertolongan Allah.Satu pagi di hari ke 3 lelaki tersebut di pulau itu..dia masuk kedalam hutan kecil untuk mencari makanan...tiba2 dilihatnya api menjulang tinggi..Berlarilah dia dengan laju kerana pondoknya telah terbakar...apabila sampai dilihatnya pondoknya habis menjadi debu,....Maka di dalam keadaan yg amat kecewa keluarlah kata2 yg tidak sepatutnya dari bibirnya..." wahai Tuhan inikah balasan Mu apabila aku bermohon kepada MU, tidakkah engkau tahu hanya pondok inilah sahaja yg ku ada untuk aku beristirehat, inipun engkau nk ambilnya dari aku, Engkau langsung tidak kasih padaku Tuhan..jerit lelaki itu dgn kuat, meluahkan rasa marahnya kepada Allah...Tiba2 tanpa di duga dia didatangi oleh sebuah bot peronda polis...dan terdengar laungan..."Adakah sesiapa di sini?"...segeralah lelaki itu berlari kearah mereka, dia kehairanan...lalu bertanya lelaki itu kepada polis peronda tersebut, "macamana encik tahu di sini ada orang???"Jawab polis itu..."tadi kami nampak api dan asap berkepul- kepul dari pulau ini...sebab itu kami ke sini..."Ya Allah...terduduk lelaki itu...memandang pasir bahkan terasa berat mahu diangkat mukanya, Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Maha Mendengar Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...Sesungguhnya aku tidak layak untuk menerima nikmat dari Mu..Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang....menangis berlinangan lelaki tersebut di atas sangkaan buruknya pada Allah...
Moral:Ingat lah sahabat, Allah itu maha Pengasih lagi maha penyayang, Allah tidak akan menganiayai hambaNYA.